News & Updates
 

Pihak AMS telah meneliti kajian dan keperluan serta penyelesaian yang telah dilaksanakan oleh pihak Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Nasional (IPPTN). Dalam thesis ada dinyatakan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengangguran di kalangan mahasiswa. Di antaranya,

 

(i) kekurangan latihan praktikal dan simulasi semasa pengajian.

(ii) kekurangan perhubungan antara pihak IPT dengan firma industri.

(iii) ketidak bolehpasaran graduan disebabkan masalah komunikasi.

 

Pihak AMS telah mempelopori satu Program Pengajian Tinggi (Program Sains Bersekutu & Sains Kesihatan) di kampus-kampus terpilih di bawah satu skim khas yang tidak membebankan pelajar dan penjaga berdasarkan beberapa aspek penting iaitu:




1- Pusat pengajian yang menjalankan program pengajian kritikal yang telah mendapat pengiktirafan penuh daripada badan-badan lantikan kerajaan seperti:

- Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pengajian Tinggi (JPT-KPM).
- Kementerian Kesihatan Malaysia serta lembaga-lembaga lantikan di bawah pemerhatian pihak KKM sendiri.
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Malaysian Qualification Agency (MQA)
 - National Institute of Safety & Health (NIOSH)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)

2- Pusat pengajian yang menyediakan kemudahan penginapan dan fasiliti pengajian yang kondusif sepanjang tempoh pengajian.



3- Pusat pengajian yang tidak mengenakan yuran pengajian yang melampau serta di luar bantuan badan pembiayaan pendidikan lantikan kerajaan.


Langkah meminimumkan pengangguran di kalangan mahasiswa bermula sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi lagi. Program ini telah dibentangkan dan dikaji sebelum dilaksanakan secara optimum. Hanya program pengajian yang kritikal sahaja yang tersenarai bagi menjana keperluan tenaga kerja berkualiti dan berkredibiliti.




 

Kini, program ini dijalankan di seluruh negara. Kemasukan ke program ini dibuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ O` Level) dan setaraf.

Kami menjalankan penyelidikan serta kajian berkaitan dengan pembangunan modal insan di Malaysia dengan bantuan serta input daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE-Malaysia) dan Kementerian Sumber Manusia (MOHR-Malaysia) dalam mendukung usaha kerajaan bagi mengurangkan serta membasmi pengangguran di kalangan graduan masa kini.

 

Pelbagai langkah telah diambil, fakta-fakta yang mempengaruhi pengangguran telah dikaji demi merealisasikan misi dan visi kami yang sejajar dengan keperluan membasmi pengangguran di Malaysia khususnya di kalangan graduan. Kami dengan efektifnya mengeluarkan kenyataan, fakta serta figura yang berkaitan dengan pengajian tinggi di Malaysia supaya boleh dimanfaatkan oleh calon-calon pelatih pengajian tinggi di bawah kelolaan kami sebelum disalurkan ke Institut Pengajian Tinggi yang terpilih.

Fakta dan kenyataan yang dikeluarkan akan disebarkan melalui medium-medium yang sesuai untuk kegunaan dan rujukan lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.